Friday, February 25, 2011

Doa Putus Cinta (Mengatasi Kekecewaan)



*maaf tak berapa jelas tapi masih boleh di baca.


Sumber: Buku "Ikhtiar Penyembuh Penyakit" by Dato' Dr. Harun Din Al-Hafiz (terbitan Darus Syifa)

Tuesday, February 22, 2011

Doa Supaya Dapat Membayar Hutang & Jauhi Sifat Malas



Maksudnya:
"Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang"

Monday, February 21, 2011

Doa Dipermudahkan Segala Urusan



Maksudnya:
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki"

Monday, February 14, 2011

Doa Percepat Jodoh

Seperti yang kita tahu, soal jodoh ditentukan oleh Allah S.W.T, namun tidak bermakna kita sebagai makhluknya hanya berpeluk tubuh dan tidak berusaha untuk memperolehi apa yang kita inginkan.Di bawah ini saya kongsi kan dengan anda DOA PENDEKAT JODOH

*maaf tak berapa jelas tapi masih boleh di baca.Untuk lebih jelas boleh klik pada gambar doa atau right klik pada gambar dan save gambar dlm pc anda.

Sumber: Buku "Ikhtiar Penyembuh Penyakit" by Dato' Dr. Harun Din Al-Hafiz (terbitan Darus Syifa)

Tuesday, February 8, 2011

Monday, February 7, 2011

Doa Ketika Memakai Pakaian Baru



Maksudnya: "Ya Allah bagiMu segala pujian, Engkaulah yang memakaikannya padaku. Aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan tujuan ia dicipta dan aku memohon perlindungan denganMu daripada kejahatannya dan kejahatan tujuan ia dicipta."

Doa Ketika Bangun Dari Tidur

Maksudnya: "Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali."

Doa Ketika Memakai Pakaian




Maksudnya:"Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku (pakaian) ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatan dariku".

Sunday, February 6, 2011

Doa Murah Rezeki



Faedah Surah Al-Thalaq ayat 2 & 3


  1. Apabila diwiridkan pada tiap-tiap setelah sembahyang fardhu yang 5, nescaya Allah akan memurahkan rezekinya dan akan mencapai kemulian dunia dan akhirat.

  2. "Barangsiapa yg membaca ayat ini selepas solat fardhu dalam bil ganjil (1,3,5 dsb) nescaya dia akan ditolak dari segala kesulitannya dan Allah akan melapangkan dadanya serta merasa tenang dalam pergaulan dalam bermasyarakat, berusaha dan bekerja.

    Sumber: Buku HAJAT untuk RAWATAN, PELINDUNG dan DOA

    oleh Ustaz Muhd. Abd Ghani

Adab-adab berdoa

Untuk memohon doa kapada Tuhan kite hendaklah dengan adab, di sini saya nak share dgn kawan2 antara adab berdoa:

  1. Menjauhi benda haram (makanan , minuman dll)

  2. Berdoa dgn ikhlas hati.

  3. Seelok2nya di dahului dgn sembahyang kerana ada hadith yg diriwayatkan oleh Abi Darda, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda "Siapa berwuduk dgn baik kemudian sembahyang dua rakaat, setelah itu berdoa, maka Tuhan akan mengabulkan permintaannya, diberiNya dgn segera @ diberiNya dgn terlambat"

  4. Mengucapkan kalimah tahmid (Alhamdu lillaahi rabbil aalamin), shalawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w pd awal & akhir doa.

  5. Khusu' dan tenang.

  6. Dgn suara rendah & mengharap sepenuh hati.

  7. Mengulangi bbrp kali dgn tidak berputus asa.

  8. Manghadirkan hati pd Tuhan.

  9. Jangan berdoa utk berbuat dosa.

  10. Jangan berkata :"Aku telah berdoa tetapi tidak diperkenan kan Tuhan".

Sumber : Risalah Doa oleh H.DJA'FAR SABRAN